TETAMU

SELAMAT DATANG !!

Hye kawan-kawan, arini


Dah Alang2 Masuk Sini.. Sudi2 lah Follow yer.. :)

Thursday, January 14, 2010

BP aku naik..HB aku turun!!

Pagi td aku g check up...arini cepat plak setel semuanye..aku datang kul 9pg..kul 10.30pg dah siap sume..maybe sbb dah takyah nak berebut turn dgn bakal student ipta yg sblm nie pun same2 sebok nak cek air kencing..n amik darah..kali nie..sume2 mak buyung je..dats y la cepat kot..tp arini aku susah ati sgt..sbb buku check up kali nie catitannya dipenuhi dgn pen kaler merah..bukan pasal nurse tu xde pen kaler lain..tp mmg diz week tahap kesihatan aku kurang memberansangkan..BP aku naik dari 122/88 ke 130/91 ..HB aku plak turun dari 11.0mg ke 10.9mg..nampak mcm sket je naik turunnye..tp agak merisaukan jugak kerana disebabkan keadaan itu aku terpaksa datang untuk monitoring BP seminggu sekali..n terpaksa amik ubat 2 kali ganda dari biase..huarggghhh!! takmo..takmo..tp demi Alif...terpaksa lah menurut nasihat doc..aku syg Alif aku...aku nak die lahir sihat ke dunia ni tanpa sbrg masalah..

nie aku nak bagi sket info2 ttg simptom2 darah tinggi semasa hamil nie....sharing is caring..aite..

Apakah darah tinggi semasa mengandung?

Darah tinggi semasa mengandung atau "Preeclampsia" adalah satu keadaan di mana tekanan darah seseorang ibu menjadi tinggi selepas mengandung lebih kurang 20 minggu (lebih kurang 5 bulan ). Selain dari darah tinggi , ibu-ibu juga mungkin mengalami kencing kotor atau bengkak kaki atau kedua-dua sekali. Ibu-ibu juga mungkin mengalami sakit kepala samada di bahagian depan atau belakang kepala.

Bagaimanakah darah tinggi ini boleh dikesan?

Keadaan ini dapat dikesan awal jika ibu-ibu datang untuk pemeriksaan diklinik pada masa mula mengandung.

Apakah akibat darah tinggi ini jika tidak dirawat?

Keadaan ini adalah merbahaya dan jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan berbagai akibat buruk seperti berikut:-

Melahirkan bayi yang tidak cukup berat badan

Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan

Anak mati dalam perut

Anak susah bernafas semasa lahir

Ibu tumpah darah semasa mengandung

Ibu boleh mendapat sawan

Ibu mudah mengidap penyakit lemah jantung

Ibu mudah mengidap penyakit buah pinggang

Semua akibat ini boleh membawa maut kepada ibu dan kandungannya

Bagaimanakah darah tinggi ini dapat dikawal?

Keadaan ini boleh dikawal dengan mematuhi segala langkah berikut:-

Rehat dengan cukup

Makan ubat yang diberikan mengikut arahan

Dapatkan rawatan awal dan kerap di klinik yang berhampiran

Melahirkan anak di hospital

Patuhi segala nasihat kakitangan kesihatan

1 comment:

asna cute said...

info menarik... hehehe =)