TETAMU

SELAMAT DATANG !!

Hye kawan-kawan, arini


Dah Alang2 Masuk Sini.. Sudi2 lah Follow yer.. :)

Sunday, July 11, 2010

Ramalan Sotong vs Burung Menjelang Final Worldcup 2010

Pada perlawanan separuh akhir antara Germany menentang Spain cakap-cakap berkenaan Paul sudah tersebar luas. Aku yang tidak mengikuti perkembangan Paul ini terpinga2 dengan cerita-cerita panas yang menjadi bualan hangat peminat piala dunia kali ini. Perkara ini semakin menjadi-jadi selepas beberapa ramalan oleh Paul ini menjadi kenyataan iaitu tekaannya adalah tepat sekali.Selepas perlawanan Germany menentang Spain dengan keputusan memihak kepada Sepanyol, satu dunia mula mempercayai ramalan oleh Paul ini.

Jadi pada perlawanan akhir antara Spain dan Netherland sekali lagi Paul menjadi tumpuan dunia untuk mengetahui apakah ramalan yang dibuat oleh Paul ini. Pada hari ini juga dalam berita TV3 disiarkan bahawa seekor burung nuri telah membuat ramalan seperti Paul ini juga. Burung Nuri ini berada di Singapura dan dimiliki oleh seorang tukang tilik nasib. Sudah tentu pemilik tersebut bersetuju dengan ramalan burung tersebut apabila ditanyakan soalan oleh pemberita.

Untuk menjelaskan pilihan Paul dan Burung ini, masing2 memilih pasukan yang berbeza dimana Paul memilih Spain untuk memenangi Piala Dunia manakala Burung tersebut membuat pilihan Netherland pula. Sudah tentu salah satu membuat ramalan yang tepat sebab ada dua pasukan sahaja. Adakah ramalan Paul akan tepat untuk kali ini atau pilihan burung tersebut akan menidakkan kemampuan pilihan Paul? Sama-sama kita nantikan kesudahannya pada awal pagi Isnin nanti.

Nota: Jangan percaya pada ramalan.. syirik/khurafat tawu x !!.. :)

No comments: