Ahad, 050611/2.00pm - Kami sekeluarga akhirnya keluar berjalan-jalan jugak pada hari minggu . setelah kebosanan hasil memerap di rumah sepanjang hari sabtu yang lepas. Kata rumahku syurgaku.. tp still rasa bosan.. pelik kan.. tapi itulah manusia, mana pernah cukup.. masih lagi memerlukan hiburan di luar. hehehe..
Lepas je habis Melodi di tv..setel Zohor segala.. kami anak beranak bersiap-siap mahu keluar jalan-jalan. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menyiapkan hero dompot dahulu, Alif memang harus disiapkan dahulu kalau nak pergi mana-mana sebabnya dia memang tak boleh tengok orang lain pakai cantik-cantik dulu daripada dia..dia akan mengamuk. jadi bila dia dah dihemsem-hemsemkan dulu oleh ibu .. pastu letak depan tv tgk cenel BBTV , bekalkan kopok roda,barulah dia reti duduk diam.
Aksi dompot setelah selesai bersiap..:) |
First destinasi adalah ke Pertama Complex, KL.. kami kesana untuk menghantar seluar jeans utk dipotong.. Suar baru, haruslah kene oter sket2 kan.. aku kan tak berapa nak tinggi, suar jeans lak kakinya sume panjang2 ukuran supermodel.. haruslah dipotong sikit mengikut saiz kaki aku yg model dari asia nie.. ahaha..*cakap jelah diri tu pendek.. ;p .. Kerja memotong dan menjahit semula seluar-seluar yg kami hantar memakan masa 1 jam.. jadi kami pun keluar jalan-jalan cuci mata dahulu di SOGO.. kalau ikut kan asben aku, die memang malas nak berjalan.. malas nak mendukung si dompot yang berat itu.. tp disebabkan si bini dah terkinja-kinja sgt.. diikutkan juga.. masa di SOGO, ade sales brand POLO.. sempatlah jugak kami mencuci mata.. kami tawaf dari level groundfloor sehinggalah ke level 4..paling lame kami jalan-jalan sudah tentunya kat tingkat 4 tu.. sbb tu kan tingkat Baby/Children... dan sementelah anak bujang kami dah pandai berjalan.. memang die takmo sgt berdukung.. nak berjalan aje lah kejenya.. tp disebabkan terlalu ramai orang.. kami mmg tak lepaskan die berjalan lama-lama.. risau berlaga dgn org dan risau jatuh juga.. cukup2 sejam, kami pun kembali ke Pertama Complex utk ambil seluar..
Selesai di Pertama Complex, kami bergerak pula ke Times Square.. Jumaat lepas kami ada datang TS sopim sket.. dan asben aku pulak bijak, beli baju tak tengok saiz.. jadinya tujuan kami repeat datang kat TS nie adalah utk menukar semula saiz baju yang dah tersalah amik tue... dengan takde resitnya.. mujur dapat tukar.. kalau tak.. pakai lah baju besar cam baju pinjam tu..hahaha..
Dah setel kerja tukar menukar di TS, aku tetiba teringat sesuatu yang dah beberapa minggu asben aku janji dengan aku.. iaitu nak bawak aku g Jusco AU2.. apa lagik.. nak g tengok budak2 AF la kononnya.. dan yang penting aku nak tgk Hazama.. ahaks~ mula-mula laki aku mcm keberatan nak pegi.. tp disebabkan aku duk ungkit byk2 kali.. die mengalah jugaklah ..*pompuan nie mmg pandai saiko kan?..;p .. maka sampai lah kami kat Jusco AU2, tp agak menghampakan sbb budak2 AF takde pun dalam rumah kaca tu.. aku lupa lak yg dorang mmg cuti sabtu dan ahad.. baru abes konsert kot.. mmg xde lah dorang kat situ.. tp takpelah.. bak kate org tua-tua.. tak dapat tgk org.. tengok bumbung pun jadiklah.. ahahaha..dan dah alang-alang smpi situ.. asben ajak pusing2 dalam jusco.. nak cari baju/suar keje katenya.. esokkan die dah start keje kat kampeni baru.. semangat lah sikit kan..siap nak pakai baju n suar baru.. ;)
bukan main suka lagi dapat main-main sini.. siap takmo turun.. |
lepas dah berjaya abeskan rm10 duit ayah utk tukarbeli token sbb nak naik benda-benda nie.. kami pun bgerak balik.. perut adalah super laparudin.. tadi masa sopim2 tak ingat lansung yg dari pagi tak makan.. last2 dah nak balik baru lah terasa lapar.. so sebelum balik kami singgah makan dulu kat food court Jusco AU2 tue.. makanan not bad.. sedap jugak.. *org lapar, makan apapun rasa sedap.. :)
No comments:
Post a Comment