TETAMU

SELAMAT DATANG !!

Hye kawan-kawan, arini


Dah Alang2 Masuk Sini.. Sudi2 lah Follow yer.. :)

Monday, September 12, 2011

Perginya Seorang Mbah Lanang

Kronologi :-

-Selasa (06/09) - kami mendapat perkhabaran dr kampung yg Mbah dimasukkan ke hospital kerana terkena angin pasang..  dan beliau terpaksa di operate utk meredakan kesakitan beliau itu.

- Rabu (07/09) - Mbah telah selesai di operate dan keadaan nya kembali stabil

- Khamis (08/09) - keadaan Mbah kembali stabil setelah beliau didapati mampu makan dan minum serta berbual seperti biasa..Alhamdulillah

-Jumaat (09/09 - 8mlm) - Mbah di masukkan ke CCU kerana paru-parunya gagal berfungsi, pernafasannya semakin  tersekat-sekat dan degupan jantungnye kembali tidak stabil. Beliau terpaksa di bantu dengan mesin  hayat utk terus bernyawa.

- Sabtu (10-09:11.55pg) - Mbah telah menghembuskan nafasnya yg terakhir di CCU. Innalillah.


Allahyarham Hj, Abdul Bin Sidek (Mbah)

Pada hari raya 2010 di pagi raya.. aku dan Alif (ketika berusia 6bln) berada di sisi Mbah ketika sesi bermaaf-maafan di pagi raya..

Malam jumaat yg lepas, kami sefamili bergerak ke Kuala Selangor untuk menziarahi dan beraya di rumah sanak saudara sebelah pihak suami cadangnya.. Pd malam itu..kami sefamili menginap di rumah sahabat lama kami iaitu umah Emin dan Sabrina di Kuala Selangor. Dan mengikut plan asal.. pada hari sabtu.. kami akan tawaf sekitar Hulu Selangor utk beraya bersama sanak saudara sebelah pihak Arwah Mak(mertua) .. tp setelah mendapat perkhabaran sedih dr kg pada jam 12 tghari sabtu yg lepas.. kami terpaksa membatalkan semua plan kami dan terus shoot balik ke Muar.. Kami tiba di Muar pada jam 4ptg kerana terpaksa singgah dahulu di Putrajaya utk mengemas kain baju apa yg patut utk di bawa pulang ke kampung. Masa kami tiba, Jenazah telahpun selamat dimandikan dan telah pun dikafankan. Kami sefamili tidak sempat melihat wajah Mbah utk kali terakhir kerana pada ketika itu, mereka semua telah bersiap sedia utk bergerak ke Masjid dan seterusnya ke tanah perkuburan. *mujurlah seminggu sblm raya kami sempat pulang berbuka puasa di kg dan sempat bermaaf-maafan dgn Arwah Mbah..Alhamdulillah.. * 

Disini saya memohon kawan-kawan sy sekalian , utk sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Mbah saya ..Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama org2 yg beriman dan dirahmati olehNya..aminnn...

** Arwah Mbah telah pergi meninggalkan kami semua pd tarikh hari lahir suamiku yg ke 29 (10-09-2011)....Kepada Suamiku, Selamat Hari Lahir yg ke 29, Sayang.. semoga Allah panjangkan usiamu, murahkan rezekimu, lindungi hidupmu selalu, panjangkan jodohmu dgnku dan semoga dirimu tabah menghadapi pemergian Mbah ini.. saya tahu, awak rapat dgn Mbah.. dan sy tahu awk sgt merasai kehilangan Mbah.. yg hidup pasti akan mati..sama-samalah kita redha dgn pemergian beliau..