TETAMU

SELAMAT DATANG !!

Hye kawan-kawan, arini


Dah Alang2 Masuk Sini.. Sudi2 lah Follow yer.. :)

Thursday, March 31, 2011

Cite Kejora & Bintang

sape diantara korang yang layan cite nie..?
mesti ramai yg tgk kan... dan aku pun salah sorang yg rajin layan cite nie..
aku tgk cite ni secara kebetulan jer sbnrnya..
mase tue tgh temankan Alif nyusu depan tv..
kebetul cite nie tgh on.. so layan kan aje..
macam best lah plak kan..
nak2 ade Baim Wong.. aku ske tgk die berlakon.
+ die pun ensem jugak kan....
.
.
.
selain dari Baim Wong.. aku juga suke tgk minah nie berlakon dlm cite tue
.
.
.
v
hah.. die nie lah yg buat aku rase nak terbalikkan tv stiap kali tgk sinetron nie..
geram tgk mata dan mulut die yg menggedix tue..
die cantik sbnrnya.. tp dgn watak yg die bawak..
buat aku rase meluat..rase benci.. rase geram..
dan itu menandakan yg die berjaya bawak watak die dlm cite tue.. kan??
aku takmo ulas byk2..
korang tgk je lah yer cite tu kat TV...
kul 6.30ptg di Astro Prima..
.
.
.
Jom layan Sinopsis Kejora Dan Bintang.
Kejora adalah gadis yang memiliki segalanya. Cantik, ceria, selalu optimis, dan kaya raya. Kejora belajar di Jepun. Pak Ryan ayahnya seorang pengusaha ternama di Jakarta. Ibunya sudah meninggal dan Kejora mempunyai seorang adik perempuan bernama Bintang, yang menderita autis tapi sangat mahir bermain piano. Pak Ryan berkahwin lagi dengan Hanifa seorang janda beranak satu bernama Janet. Suatu hari, Kejora pulang ke Jakarta. Di lapangan terbang, begnya tertukar dengan beg Erlangga, cucu keluarga nenek Gautama yang sangat kaya raya namun sombong, manja, dan keras kepala. Kejora tak tahu bahawa sebenarnya Erlangga adalah kekasih Janet, saudara tirinya. Kejora harus berhadapan dengan sikap sombong dan angkuh Erlangga gara-gara beg itu. Dan sepertinya juga nasib mempermainkan mereka sehingga mereka saling membenci. Pak Ryan sebenarnya sedang mengalami masalah besar.Syarikatnya di ambang kebangkrutan, tapi dia merahsiakan dari anak-anaknya. Kejora sebenarnya sudah mempunyai kekasih iaitu Joel yg matre, Joel punya adik bernama Fitri yang diam-diam mengagumi Kejora. Suatu hari, ketika sedang mencari wang pinjaman, Pak Ryan telah dirompak. Di luar dugaan, sang perampok mati terbunuh dalam sebuah kebakaran dan dikira dirinya kerana membawa barang-barangnya. Pak Ryan kemudian sedar, kalau dia meninggal, keluarganya akan mendapatkan wang insurans yang cukup besar. Pak Ryan pun memutuskan untuk berpura-pura mati. Kejora tentu saja sangat terpukul dengan kematian ayahnya. Semeninggalnya Ryan, Kejora jadi sering bertegang dengan Hanifa, sampai kemuncaknya Hanifa mengusir Kejora dan Bintang dari rumah peninggalan ayahnya. Kejora dan Bintang benar-benar menderita, ditambah lagi, begitu tahu Kejora terusir, Joel, kekasih Kejora malah meninggalkan Kejora begitu saja. Kejora berusaha menata hidupnya bersama-sama dengan Bintang. Dia berjaya dapat kerja di sebuah café. Namun bencana tak selesai merudung Kejora. Saat Kejora sedang bekerja, Bintang malah menghilang. Kejora sangat sedih dan merasa bersalah. Dia tak tahu bahawa Bintang diculik Hanifa yang setengah mati berusaha menutup kenyataan bahawa keluarganya sudah jatuh miskin, sehingga dia menculik Bintang dan meletakkannya dikampung, supaya tidak keceplosan membocorkan rahsia kemiskinannya. Kejora setengah mati berusaha mencari adiknya. Kegigihan dan perjuangan Kejora ini membuat Fitra jadi iba dan semakin jatuh cinta. Pencarian Kejora terhadap adiknya juga membawa perubahan dalam hubungan Kejora dan Erlangga. Dari saling benci, Erlangga malah jadi menaruh simpati pada Kejora.Bahkan kemudian jatuh cinta.

..........................

Episod akhir Kejora Dan Bintang ini hopefully tak merapu sangat dan kalau macam ending cinta kirana pun ok jugak nak layan. hoho! Para pelakon Sinetron Kejora dan Bintang adalah Baim Wong sebagai Erlangga, Alyssa Soebandono sebagai Kejora, Amanda sebagai Bintang, Lucky Perdana sebagai Fitra, Eva Anindita sebagai Janet, Cut Keke sebagai Hanifa, Mieke Wijaya sebagai Nyonya Gautama, Mathias Muchus sebagai Ryan dan Rio Reifan sebagai Joel.

** tak sabar nak tunggu ending...

*_____^

3 comments:

Ann said...

bila ingat citer2 mcm ni, terungat kat bbsitter kaisya yg jaga sekejaop aritu. tiap2 hari balik kerja mesti tgk TV tengah psg citer Indo. tak kira lah apa tajuk. hahaha shock jugak daku sbb sebelum ni mmg jarang layan citer2 mcm tu. hehe.


cuma 1 je yg daku layan sejak balik kampung ni. Sejuta Cinta Marshanda. sbb macam best jek. :p

sharEna said...

my mom & dad layan kot citer nie. tau mase diorang ddk rmh hari tue. hehe..

tgk sinetron indon sllu buat org sakit hati sbb kebodohan hero or heroin yg teramat. so x suke sgt tgk. hehe...sekali sekala layan bole la =p

mamamarissa said...

jue benci tul ngan janet nie...eeeeeee